Daftar Ahli

Thursday, March 2, 2017

Shaklee Baby

Assalamualaikum,

Pertama sekali, saya nak happily announce yang Baby Shaklee (padahal sebulan je minum Shaklee time pregnant haha) saya sudah selamat dilahirkan. Alhamdulillah alhamdulillah. Ini anak lelaki kedua saya. Dilahirkan dengan berat lahir yang agak rendah, iaitu 2.6kg. Masih dalam range normal tapi kecik sedikit dari abangnya dulu, 2.9kg.

Saya rasa nak share pengalaman melahirkan anak kedua saya, Areef. Nak bace, silakan. Xnak bace, boleh tutup. hehe InsyaAllah saya xkan masukkan yang yek2. Semua clean sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat. HAHA

Ok, kisah bermula pada awal pagi 23 Februari 2017. Paling tepat ialah jam 6.00 pagi setelah Subuh. Sebenarnya kakak saya pun waktu tu mengandung. Due date beza 2 hari je pon. Due date saya patutnya 10 March, due date kakak pulak 8 March. Kakak saya ni ade GDM so waktu 38 minggu dia kena serah diri ke hospital untuk induce. Malam 22 Feb dia dah masuk hospital.

So esoknya jam 6 pagi 23 Feb, saya start sakit-sakit di perut. Disebabkan pernah lalui benda sama waktu pregnant pertama dulu. So I knew those were contractions. Cumanya belum yakin ni Braxton Hicks atau betul2 in labour. Mase start rasa sakit tu saya terus bukak app and track contraction. Berapa lama duration setiap contraction, berapa lama gap dgn next contraction. Mase pengalaman dengan abangnya dulu, xde phone di tangan sebab dah masuk ward bersalin. Mase tu apa pun xbawak. Bawak kain pelikat je. (I need to write about my first experience melahirkan sebab nak selit-selit camni macam kacau la kan) Haa, back to my story. Masa track tu dapat la nampak yang contractions saya tu sangat xregular. Kejap gap 10 minit, saya sempat la jugak terlelap and xde pulak rasa sakit masa tu.

Masa baba lalu depan bilik saya untuk keluar menunaikan solat Subuh di surau, kami bertembung. Baba sempat la tanya, "Tateh sakit ke? Nak beranak dah?". Saya cakap la saya ada rasa sakit sikit. Tapi boleh tahan lagi. Xsakit sangat macam nak beranak.

Lepas solat Subuh, saya terus mandi. Waktu mandi tu sakit tu dah makin bertambah. Walaupun xberapa regular lagi. Tapi saya ingat kalau datang sakit tu, saya kena berhenti semua yang saya tengah buat dan saya akan goyangkan kaki sebab nak kurangkan rasa sakit. Tapi xberkurang pun. HAHA

Masa tu saya duduk di rumah mama baba di Selangor, so suami xde sebab bekerja di Melaka. Kebetulan pagi tu mama dan baba plan nak pegi baiki kereta. Bumper kereta baba kemek sebab langgar anjing. Dah ada appointment untuk baiki bumper pagi tu. Nasib baik la saya tahu bila mama dan baba nak keluar jam berapa. Kalau x, naya! Lepas mandi tu saya dah siapkan barang-barang untuk dibawa ke hospital. Siapkan barang-barang si abang, susu, baju, pampers semua dah disiapkan so that xsusahkan mama baba nanti sebab diaorang yang kena jaga si abang.

Betul-betul sebelum mama dan baba nak keluar tu, saya cepat2 keluar bilik dan bagitahu sy rase cm sakit dah dekat. Setiap 2 minit je sakit perut. Xde la rasa nak meneran ke apa. Cuma sakit perut. Mama dan baba pun panik la. Kaut semua masuk kereta dengan abang yang tengah tidur pon kita bawak. Xkan nak tinggal plak kan.

Yang nak dijadikan cerita, kereta yang digunakan untuk bawak saya ke hospital adalah kereta yang nak dibaiki bumpernya tu. Masa tu kereta tu xde bumper, so kitorg naik kereta togel kat depan. Hospital sebenarnya xjauh pun. Dalam 5 minit dah boleh sampai. Tapi sebab kereta tu xboleh bawak laju2, so agak lambat nak sampai. Kalau laju sikit je, dah bergegar kereta. Ye la kan bumper depan xde. Saya pun entah kenapa saya pakai seluar masa tu. Rasa macam sendat betul kat perut. Nak tarik bagi longgar padahal bukan ketat pun seluar tu. Cuma contraction tu yang buat saya rasa seluar tu ketat kat perut. Contractions pun dah makin dekat, setiap seminit je contraction datang.

Rasa marah betul sebab baba bawak kereta lambat. Dah kena marah pun. Tapi setiap kali nak laju je, bising betul kereta tu. So slow balik. Saya pun redha je la, nak buat cmne kan. Saya pun dah dekat betul nak beranak rasanya, asyik rasa nak meneran je.

Bila sampai di depan wad bersalin tu, saya xboleh nak bangun untuk keluar dari kereta pun. Tengah cuba sedaya upaya untuk hold the baby in. Xnak la terberanak kat luar plak kan. Pastu ada la sorang makcik guard ni suruh saya naik wheelchair tapi dia xde la pulak nak menolong. Tengoooook je kita sakit xboleh bangun dalam kereta tu. Haish strike 1. Mama pulak yang kena tolong saya padahal mama tengah nak jaga si abang.

Ok, lepas dah naik wheelchair tu mak guard tu pun tolak la saya ke dalam. Patutnya ada registration segala bagai tapi since saya dah nak beranak betul (dorang xpercaya pun saya nak terberanak dah sebab kadang-kadang ada ibu-ibu ni yang menjerit bagai nak rak tapi bukaan baru 3 cm) so I understand kenapa dorang buat dek je kat saya masa saya masuk terjerit2 marah tu. Then bila dah sampai ke biik pemeriksaan, makguard tu boleh plak suruh saya naik atas katil. Orang dah cakap orang xboleh bergerak/berdiri xde pulak dia nak tolong. Dia siap cakap "kalau xnaik katil, cmne nak check?". Then saya yang tengah emosi ni marah dia, "Saya xboleh berdiri sendiri, awak tolong la saya". Haaa nak mintak tolong orang pun dimarahnya orang tu. HAHA

Seriously sepanjang dari keluar kereta sampai ke bilik pemeriksaan tu saya meneran. Saya jerit "DAH NAK KELUAR DAH NIIII!!!". Pastu sebelum saya nak bangun untuk naik ke katil pemeriksaan tu, saya dapat rasa ketuban pecah "POP!". Habis basah wheelchair dan lantai. Haaaa I'm serious when I say the baby is coming. Tercicit la dorg lari nak siapkan labour room semua. So saya naik ke atas katil dan dorg tolak katil tu ke labour room. Nak dijadikan cerita, saya kena pindah katil puloook. Bayangkan orang tengah meneran nak beranak dia suruh pindah katil. Adoi pengsan! Maka dengan itu merangkak la saya dari satu katil ke katil lain. Kita dah xnak gerak, kita nak keluarkan baby. Pastu dah atas katil labour tu, dorang suruh jangan teran dulu sebab dorg xbersedia untuk sambut lagi. Aiiikkkk mana boleh control, dah memang baby tengah keluar, meneran tu comes naturally. I cannot not push.

So dengan sangat mudah, baby no 2 (my 1st Baby Shaklee) pun dilahirkan ke dunia. Xde official pushes so saya anggap baby keluar with 0 push. Ahaha suka hati je. Lepas dah beranak tu baru saya perasan there were like 20 people in the labour room with me. Semua budak practical join sekali dalam labour room tu.

Truthfully I cherished the memories, everything termasuk bumper kereta, makguard xsuka tolong, pindah katil dan lain-lain. I will never forget it, nor will I ever forget my first experience giving birth to abang. Itu pun menarik jugak. Ahaha saya akan story di lain entry.

Haaa, nak dijadikan cerita lagi...malam tu kakak saya pulak beranak. Twin cousins!

That's all for now, tq for reading.


No comments:

Post a Comment