Daftar Ahli

Tuesday, August 29, 2017

MANFAAT MENJADI AHLI SHAKLEE

Assalamualaikum

Haaa, sebelum ni kita dah cerita macam mana cara paling mudah nak daftar sebagai ahli Shaklee. Hari ini kita nak cerita pulak apakah manfaat atau faedah atau kelebihan yang kita dapat setelah menjadi ahli Shaklee.

MANFAAT MENJADI AHLI SHAKLEE
  1. Boleh membeli produk-produk Shaklee dengan harga ahli (discount up to 15-20% dari harga runcit). JIMAT!
  2. Berpeluang mendapat bonus bulanan sebanyak 5-21% hasil daripada penggunaan sendiri, berkongsi manfaat dan/atau berniaga.
  3. Berpeluang menghadiri talk atau seminar anjuran dari Shaklee. Shaklee mengatur pelbagai program setiap bulan. Boleh menimba ilmu dari pakar-pakar dalam bidang kesihatan dan nutrisi.
  4. Berpeluang menghadiri konvensyen kebangsaan yang diadakan setiap tahun.
  5. Dijemput untuk menghadiri kelas-kelas tentang produk Shaklee di cawangan Shaklee Malaysia berdekatan anda.
  6. Boleh join support group di Whatsapp, Telegram dan Facebook.
  7. Dapat bimbingan dan tunjuk ajar tentang marketing, sales, copywriting, social media, bisnes, produk dan lain-lain secara online.
  8. Konsultasi produk dan kesihatan secara online dan offline.
  9. Berpeluang mendapatkan ilmu dari Leader-Leader dan Master-Master hebat.
  10. Berpeluang menjadi leader Shaklee! Apabila anda menjadi leader, antara manfaat yang anda dapat adalah:
  11. Bonus kepimpinan Shaklee sehingga 6 peringkat, maksimum 21%.
  12. Insentif Koordinator Shaklee Leader sehingga 1.5%
  13. Car Bonus Program dimana Shaklee memberikan bonus kereta (dalam bentuk wang tunai) setiap bulan.
  14. Peluang menjelajah di dalam dan luar negara serta Umrah untuk Muslim Leaders.
Banyak kan manfaat jadi ahli Shaklee ni? Teruja tak korang baca list kat atas ni? Iqin yang menaip ni pun rasa sangat excited. Kalau korang serius, korang boleh pergi jauh dengan Shaklee. Kalau taknak berbisnes pun takpe. Boleh guna sendiri dan dapat harga ahli, lebih jimat. Takde paksaan. 😊

Jika anda perlukan sebarang bantuan atau pertanyaan,
boleh contact Iqin.
👇
ASYIQIN RAMDAN
Shaklee Independent Distributor
ID 1247297
Whatsapp: 013-3914039
Instagram: @iqinshaklee
Facebook: Iqin Shaklee


Monday, August 28, 2017

CARA PALING MUDAH DAFTAR JADI AHLI SHAKLEE

Assalamualaikum...

Ada x antara anda yang pernah consume Shaklee tapi xpernah daftar jadi ahli/member? Nak daftar jadi ahli dan menikmati manfaat-manfaatnya? Tapi malu nak deal dengan pengedar Shaklee? Taknak berbisnes dan hanya nak guna untuk diri sendiri dan keluarga? Tak perlu risau lagi, sekarang Shaklee sudah ada kemudahan daftar sendiri sebagai ahli dengan cepat dan mudah secara online.

CARA DAFTAR KEAHLIAN SECARA EKSPRES
Apakah cara paling mudah yang anda boleh buat untuk daftar ahli? Ikuti langkah-langkah di bawah 👇 ye.

Langkah 1

  • Klik link DAFTAR KEAHLIAN EKSPRES atau taip http://www.shaklee.com.my/?joinnow=1247297
  • Anda akan dibawa ke website Shaklee Malaysia
  • Sila klik "JOIN NOW" di bawah kanan webpage tersebut.


Langkah 2
  • Lengkapkan butiran yang diminta
  • Klik pada kotak "I consent to Shaklee assigning me a sponsor"
  • Klik "JOIN NOW"
  • Login ID dan Password akan diberikan melalui SMS dan email. Atau hubungi Iqin di Whatsapp (+6013-3914039) sekiranya anda memerlukan bantuan pengesahan pendaftaran.

Langkah 3
  • Klik butang "Continue to Member Center"
  • Di bahagian First Time Login Agreement, pilih "Agree" dan klik butang "NEXT"




Langkah 4
  • Pada bahagian Online Ordering Agreement, pilih "Agree" dan klik butang "NEXT"

Langkah 5
  • Lengkapkan maklumat diri untuk penghantaran
  • Klik butang "Confirm"


Langkah 6
  • Anda akan dibawa ke senarai produk Shaklee.
  • Anda DIWAJIBKAN membeli STARTER KIT
  • Di bahagian kiri page, sila pilih "Sales Aid"
  • Pilih "Starter Kit (BM/ENG/CHI)"
  • Seterusnya, klik "Add to Shopping Cart"
 



Langkah 7
  • Sekiranya anda mahu membeli produk lain dengan harga ahli, klik "Continue to Order"
  • Setelah semuanya benar, klik "Submit"


Langkah 8
  • Anda akan dibawa ke halaman pembayaran.
  • Pilih "Online Credit Card/Debit Card"
  • Seterusnya klik butang "Confirm your payment method"
Langkah 9
  • Masukkan segala maklumat Kad Debit atau Kad Kredit. (Jangan risau, semua maklumat anda adalah di dalam secured website)
  • Masukkan nombor kod yang diterima melalui SMS untuk mengesahkan pembelian.
  • Setelah itu, invois pembelian akan dikeluarkan.



Langkah 10
  • TAHNIAH, anda sudah berjaya menjadi AHLI SHAKLEE! 🎉🎇 
  • Sementara itu, hanya relax dan tunggu barang sampai ke rumah


Jika anda perlukan sebarang bantuan atau anda mahu mendaftar melalui pengedar,
boleh contact Iqin.

ASYIQIN RAMDAN
Shaklee Independent Distributor
ID 1247297
Whatsapp: 013-3914039
Instagram: @iqinshaklee
Facebook: Iqin Shaklee



Thursday, March 2, 2017

Shaklee Baby

Assalamualaikum,

Pertama sekali, saya nak happily announce yang Baby Shaklee (padahal sebulan je minum Shaklee time pregnant haha) saya sudah selamat dilahirkan. Alhamdulillah alhamdulillah. Ini anak lelaki kedua saya. Dilahirkan dengan berat lahir yang agak rendah, iaitu 2.6kg. Masih dalam range normal tapi kecik sedikit dari abangnya dulu, 2.9kg.

Saya rasa nak share pengalaman melahirkan anak kedua saya, Areef. Nak bace, silakan. Xnak bace, boleh tutup. hehe InsyaAllah saya xkan masukkan yang yek2. Semua clean sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat. HAHA

Ok, kisah bermula pada awal pagi 23 Februari 2017. Paling tepat ialah jam 6.00 pagi setelah Subuh. Sebenarnya kakak saya pun waktu tu mengandung. Due date beza 2 hari je pon. Due date saya patutnya 10 March, due date kakak pulak 8 March. Kakak saya ni ade GDM so waktu 38 minggu dia kena serah diri ke hospital untuk induce. Malam 22 Feb dia dah masuk hospital.

So esoknya jam 6 pagi 23 Feb, saya start sakit-sakit di perut. Disebabkan pernah lalui benda sama waktu pregnant pertama dulu. So I knew those were contractions. Cumanya belum yakin ni Braxton Hicks atau betul2 in labour. Mase start rasa sakit tu saya terus bukak app and track contraction. Berapa lama duration setiap contraction, berapa lama gap dgn next contraction. Mase pengalaman dengan abangnya dulu, xde phone di tangan sebab dah masuk ward bersalin. Mase tu apa pun xbawak. Bawak kain pelikat je. (I need to write about my first experience melahirkan sebab nak selit-selit camni macam kacau la kan) Haa, back to my story. Masa track tu dapat la nampak yang contractions saya tu sangat xregular. Kejap gap 10 minit, saya sempat la jugak terlelap and xde pulak rasa sakit masa tu.

Masa baba lalu depan bilik saya untuk keluar menunaikan solat Subuh di surau, kami bertembung. Baba sempat la tanya, "Tateh sakit ke? Nak beranak dah?". Saya cakap la saya ada rasa sakit sikit. Tapi boleh tahan lagi. Xsakit sangat macam nak beranak.

Lepas solat Subuh, saya terus mandi. Waktu mandi tu sakit tu dah makin bertambah. Walaupun xberapa regular lagi. Tapi saya ingat kalau datang sakit tu, saya kena berhenti semua yang saya tengah buat dan saya akan goyangkan kaki sebab nak kurangkan rasa sakit. Tapi xberkurang pun. HAHA

Masa tu saya duduk di rumah mama baba di Selangor, so suami xde sebab bekerja di Melaka. Kebetulan pagi tu mama dan baba plan nak pegi baiki kereta. Bumper kereta baba kemek sebab langgar anjing. Dah ada appointment untuk baiki bumper pagi tu. Nasib baik la saya tahu bila mama dan baba nak keluar jam berapa. Kalau x, naya! Lepas mandi tu saya dah siapkan barang-barang untuk dibawa ke hospital. Siapkan barang-barang si abang, susu, baju, pampers semua dah disiapkan so that xsusahkan mama baba nanti sebab diaorang yang kena jaga si abang.

Betul-betul sebelum mama dan baba nak keluar tu, saya cepat2 keluar bilik dan bagitahu sy rase cm sakit dah dekat. Setiap 2 minit je sakit perut. Xde la rasa nak meneran ke apa. Cuma sakit perut. Mama dan baba pun panik la. Kaut semua masuk kereta dengan abang yang tengah tidur pon kita bawak. Xkan nak tinggal plak kan.

Yang nak dijadikan cerita, kereta yang digunakan untuk bawak saya ke hospital adalah kereta yang nak dibaiki bumpernya tu. Masa tu kereta tu xde bumper, so kitorg naik kereta togel kat depan. Hospital sebenarnya xjauh pun. Dalam 5 minit dah boleh sampai. Tapi sebab kereta tu xboleh bawak laju2, so agak lambat nak sampai. Kalau laju sikit je, dah bergegar kereta. Ye la kan bumper depan xde. Saya pun entah kenapa saya pakai seluar masa tu. Rasa macam sendat betul kat perut. Nak tarik bagi longgar padahal bukan ketat pun seluar tu. Cuma contraction tu yang buat saya rasa seluar tu ketat kat perut. Contractions pun dah makin dekat, setiap seminit je contraction datang.

Rasa marah betul sebab baba bawak kereta lambat. Dah kena marah pun. Tapi setiap kali nak laju je, bising betul kereta tu. So slow balik. Saya pun redha je la, nak buat cmne kan. Saya pun dah dekat betul nak beranak rasanya, asyik rasa nak meneran je.

Bila sampai di depan wad bersalin tu, saya xboleh nak bangun untuk keluar dari kereta pun. Tengah cuba sedaya upaya untuk hold the baby in. Xnak la terberanak kat luar plak kan. Pastu ada la sorang makcik guard ni suruh saya naik wheelchair tapi dia xde la pulak nak menolong. Tengoooook je kita sakit xboleh bangun dalam kereta tu. Haish strike 1. Mama pulak yang kena tolong saya padahal mama tengah nak jaga si abang.

Ok, lepas dah naik wheelchair tu mak guard tu pun tolak la saya ke dalam. Patutnya ada registration segala bagai tapi since saya dah nak beranak betul (dorang xpercaya pun saya nak terberanak dah sebab kadang-kadang ada ibu-ibu ni yang menjerit bagai nak rak tapi bukaan baru 3 cm) so I understand kenapa dorang buat dek je kat saya masa saya masuk terjerit2 marah tu. Then bila dah sampai ke biik pemeriksaan, makguard tu boleh plak suruh saya naik atas katil. Orang dah cakap orang xboleh bergerak/berdiri xde pulak dia nak tolong. Dia siap cakap "kalau xnaik katil, cmne nak check?". Then saya yang tengah emosi ni marah dia, "Saya xboleh berdiri sendiri, awak tolong la saya". Haaa nak mintak tolong orang pun dimarahnya orang tu. HAHA

Seriously sepanjang dari keluar kereta sampai ke bilik pemeriksaan tu saya meneran. Saya jerit "DAH NAK KELUAR DAH NIIII!!!". Pastu sebelum saya nak bangun untuk naik ke katil pemeriksaan tu, saya dapat rasa ketuban pecah "POP!". Habis basah wheelchair dan lantai. Haaaa I'm serious when I say the baby is coming. Tercicit la dorg lari nak siapkan labour room semua. So saya naik ke atas katil dan dorg tolak katil tu ke labour room. Nak dijadikan cerita, saya kena pindah katil puloook. Bayangkan orang tengah meneran nak beranak dia suruh pindah katil. Adoi pengsan! Maka dengan itu merangkak la saya dari satu katil ke katil lain. Kita dah xnak gerak, kita nak keluarkan baby. Pastu dah atas katil labour tu, dorang suruh jangan teran dulu sebab dorg xbersedia untuk sambut lagi. Aiiikkkk mana boleh control, dah memang baby tengah keluar, meneran tu comes naturally. I cannot not push.

So dengan sangat mudah, baby no 2 (my 1st Baby Shaklee) pun dilahirkan ke dunia. Xde official pushes so saya anggap baby keluar with 0 push. Ahaha suka hati je. Lepas dah beranak tu baru saya perasan there were like 20 people in the labour room with me. Semua budak practical join sekali dalam labour room tu.

Truthfully I cherished the memories, everything termasuk bumper kereta, makguard xsuka tolong, pindah katil dan lain-lain. I will never forget it, nor will I ever forget my first experience giving birth to abang. Itu pun menarik jugak. Ahaha saya akan story di lain entry.

Haaa, nak dijadikan cerita lagi...malam tu kakak saya pulak beranak. Twin cousins!

That's all for now, tq for reading.


Wednesday, February 1, 2017

Set Hamil Trimester 3 Shaklee dan Aku

Assalamualaikum,

Alhamdulillah sejak saya mengamalkan Set Hamil Trimester 3 dari Shaklee, semuanya berlangsung lancar. HB sentiasa cantik, xde dakwat merah sepanjang check-up di Klinik Kesihatan. Tekanan darah pun maintain dalam range normal. Tes urin setiap kali pun semuanya normal, takde kencing kotor. Berat naik pun tidak mendadak macam pregnancy sebelum ni. Tes darah untuk kencing manis pun xde kelainan. Semuanya alhamdulillah normal.

Saya nak bercerita sedikit pengalaman saya dengan OSTEMATRIX yang juga merupakan salah satu supplement dalam Set Hamil Shaklee ni. Kalau anda baca entry saya sebelum ni, mungkin anda tahu bahawa saya baru mula mengkonsumsi supplement Shaklee ni apabila waktu kehamilan saya dah mencecah 32 minggu. Agak lambat tapi bagi saya, pilihan yang bijak. Asalnya saya bercadang untuk mula dengan Set Berpantang Shaklee, maksudnya selepas bersalin baru nak cuba Shaklee. Tapi setelah saya baca dan baca tentang kebaikan Shaklee ni, saya jadi excited dan tak sabar untuk mencuba. Tak boleh tunggu lama2, oleh sebab itu saya terus beli satu set walaupun tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelum due date.

Seperti biasa, sebelum tidur saya akan makan 4 biji OSTEMATRIX. Tapi ada satu hari ni saya terlupa nak makan. Malam itu saya terjaga dengan kesakitan yang amat sangat di betis. CRAMP!! Kalau siapa yang cramp tu, anda pasti tahu perasaannya macam mana kan? Sakitnya ya Allah. Rasa macam nak menangis. Start dari situ saya tekad untuk tidak lagi tinggalkan makan OSTEMATRIX setiap kali sebelum tidur. Tapi apakan daya, ibu mengandung ni cepat lupa.

Pada suatu malam yang lain, sekali lagi saya terlupa nak makan OSTEMATRIX. Saya tertidur semasa menyusukan anak pertama. Apa lagi? Cramp lagi malam tu. Cramp ni saya selalu terkena masa mengandungkan anak pertama, tapi waktu tu saya redha sahaja sebab tak tahu nak buat macam mana lagi. Memang lepas tu saya dah tak tinggalkan OSTEMATRIX sepanjang hamil tu dan alhamdulillah xde pulak cramp lepas tu.


Jom kita tengok apa manfaat OSTEMATRIX ni?
1. SAKIT SENDI - Jika anda sering mengalami sakit sendi, sengal-sengal badan, boleh cuba ostematrix setiap malam sebelum tidur. Ostematrix akan bantu kurangkan rasa sakit.

2. SEMBELIT - Ostematrix juga sangat bagus untuk anda yang susah nak membuang. Kadang tu 3-4 hari baru nak membuang. Bila makan Ostematrix sebelum tidur, inshaAllah esok lancar je membuang. Alhamdulillah ramai juga customer bagi feedback tiap pagi mesti masuk toilet dan poop pun tak keras. Lembut je. Baik untuk ibu berpantang juga.

3. TAK SUKA MINUM SUSU - Anda yang tidak suka minum susu, alternatif lain untuk mendapatkan sumber kalsium adalah dengan makan supplement Ostematrix dari Shaklee. Sebabnya ia mudah untuk kita telan, memang di botolnya pun ditulis "EASY TO SWALLOW". 1 biji Ostematrix ni bersamaan dengan kita minum 1 gelas susu berkalsium tinggi atau makan 80 biji badam.

4. IBU MENYUSU/HAMIL - Kalsium sangat baik dan penting bagi ibu hamil dan menyusu kerana ibu dan bayi sangat memerlukan kalsium yang cukup. Jika ibu hamil makan Ostematrix, inshaAllah bila nak kena tarik mengkarung/krem kaki tu memang susah. Ibu yang menyusu pula, ia bantu ibu mendapatkan susu yang lebih pekat dan kaya dengan kalsium. Bagus untuk tumbesaran bayi.

5. PATAH TULANG - Ostematrix sangat bagus bagi mereka yang patah tulang. Membantu memampatkan rongga-rongga tulang. Kepada yang kemalangan atau ada masalah tulang rapuh (osteoporosis) boleh la ambil Ostematrix.

Jom kita layan TESTIMONI OSTEMATRIX pulak.






Kalau korang berminat dengan OSTEMATRIX, Set Hamil dan lain-lain, ataupun nak bertanya tentang Shaklee, Whatsapp saje Iqin ye. Kalau yang pakai phone tu, boleh terus klik ni bawah ni

Contact saya sekarang untuk dapatkan Shaklee dengan harga murah serta free consultation!

Your Trusted SID,
ASYIQIN RAMDAN (Iqin)
SMS/Whatsapp: 013-3914039
FB Page: Iqin Shaklee
Instagram: iqinshaklee

Sunday, January 29, 2017

Set Hamil Trimester 2 & 3 Shaklee

Assalamualaikum,

Saya telah mula mengconsume Set Hamil Trimester 3 SHAKLEE sejak beberapa hari lalu. Tarikh yang tepat adalah pada 24 Januari 2017, hari Selasa. Dalam Set Hamil Trimester 3 ni terdapat 5 jenis supplement yang saya ambil. Sebenarnya ada 6 jenis tapi since saya mula pada usia kehamilan dah mencecah 32 minggu, maka satu daripada supplement lengkap tu saye tak ambil.

Apa saja supplement Shaklee dalam FULL SET HAMIL TRIMESTER 2/3 ni? Seperti yang saya nyatakan tadi, dalam set lengkap ada 6 jenis supplement yang perlu diambil oleh setiap ibu mengandung. 6 supplement tersebut termasuklah (in alphabetical order):

1. B-Complex
2. ESP
3. OmegaGuard
4. Ostematrix
5. Sustained Release Vita-C Plus
6. Vita-Lea



Apakah kebaikan setiap supplement yang telah saya senaraikan di atas?

B-COMPLEX (1 tablet/hari)
Lengkap dengan 8 kumpulan termasuk asid folik. Ibu mengandung memerlukan minimum 400mcg Asid Folik untuk persediaan mengandung, terutama sepanjang trimester pertama dan sepanjang mengandung. Malah dianjurkan untuk mengkonsumsi asid folik 3 bulan sebelum merancang untuk mengandung. 400mcg asid folik ini dapat diperolehi melalui 1 biji B-Complex Shaklee + 1 biji Vita-Lea Shaklee.

ESP (1-3 sudu besar/hari)
Sumber protein dari non-genetically modified organisms soy. Bantu untuk memberi tenaga kepada ibu dan memberikan rasa kenyang, baik dalam mengawal penambahan berat badan sewaktu hamil. Selain itu, ESP dapat menguatkan otot rahim ibu serta mencantikkan kulit ibu dan bayi selain bagus untuk pertumbuhan dan pembentukan organ bayi.

OMEGAGUARD (1 kapsul/hari)
Mengandungi Omega-3, DHA dan EPA yang penting untuk perkembangan otak bayi. Ia juga membantu mengelakkan dari masalah kolesterol dan berat badan berlebihan pada ibu hamil. Sebaiknya diamalkan bermula trimester kedua (4 bulan ke atas). Kelebihan OmegaGuard Shaklee ialah ia diperbuat daripada ikan, dan bukannya hati ikan. Shaklee menggunakan teknologi terkini iaitu Triple Molecular Distillation (3 kali penapisan) untuk menyinkirkan pencemar yang berbahaya seperti merkuri dan lain-lain.

*Ada hujah yang mengatakan kandungan EPA yang tinggi tidak sesuai untuk ibu hamil. Disyorkan tidak lebih dari 3g per hari. Oleh sebab itu, kita mengesyorkan pengambilan 1 kapsul sehari sahaja. Kandungan EPA yang tinggi dikhuatiri dapat memberi kesan kepada perkembangan motor anak.

OSTEMATRIX (2-4 biji/hari)
Tinggi dengan kalsium & magnesium yang penting untuk pertumbuhan tulang bayi. Dapat juga mengelakkan masalah kejang-kejang, kebas, lenguh badan dan 'simpul biawak' (tegang urat).

SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS (1 tablet/hari)
Bagus untuk meningkatkan sistem imunisasi ibu bagi mengelakkan daripada mudah diserang penyakit. Juga membantu dalam mengurangkan masalah gusi berdarah. Vita-C Plus ini juga merangsang penyerapan zat besi dan asid folik.

VITA-LEA (1 tablet/hari)
Merupakan multivitamin & multimineral yang lengkap untuk keperluan badan. Dapat memenuhi kekurangan nutrisi akibat daripada pengambilan diet yang tidak seimbang. Mengandungi zat besi untuk membantu dalam pembentukan sel darah merah sekaligus mengelak dari masalah anemia (HB rendah) pada ibu hamil.


Berminat untuk cuba Set Hamil Shaklee atau set-set lain?
Contact saya sekarang untuk dapatkannya dengan harga murah serta free consultation!

Your TRUSTED SID
Nur Asyiqin binti Muhammad Ramdan (Iqin)
SMS/Whatsapp: 013-3914039
FB Page: Iqin Shaklee
Instagram: iqinshaklee

Monday, January 16, 2017

Officially a SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

Assalamualaikum,

Beberapa hari yang lalu, tepat tarikh 14 Januari 2017 saya telah berjaya menjadi seorang pengedar sah Shaklee. Disebabkan saya terlalu teruja nak berniaga Shaklee, maka saye tekad untuk register jadi ahli dengan sponsor saye. Walaupun buat masa ni, saya masih belum consume Shaklee lagi. Tapi saya percaya produk-produk Shaklee memang berkesan. Sebab saye belum guna adalah, (1) tiada fulus, (2) sedang mengandung dan bakal bersalin xlama lg so tunggu la dulu kejap, (3) suami suruh tunggu. Memang saya sangat xsabar nak mula menggunakan produk Shaklee ni. InshaALLAH setelah bersalin anak kedua saya nanti, saya akan mulakan set berpantang Shaklee. Sekaligus dengan slimming sebab tujuan utama saya berjinak-jinak dengan Shaklee adalah sebab saya mahu kurus!

Saya nak kurus, saya nak sihat. Keluarga saya memang jenis gemok besar-besar. Dan dulu sayalah yang paling kurus dan kecik. Sekarang setelah beranak dan megandung lagi skali ni, badan dah mula naik xnak turun turun. Saya dah mula jadi ahli keluarga yang lain. Saya xnak! Saya nak kembali kurus slim dan tinggi. Haih...

Saya juga bukanlah seorang yang rajin makan ubat, so saye curious apakah saya dapat consistent dalam penggunaan Shaklee atau tidak. Sebab Shaklee ni banyak supplementnye. Saya yang sedang mengandung ni nak makan Obimin pon asyek lupe saja. Dalam 8 bulan ni rsnya berapa kali sajalah saya telan Obimin dan Folic Acid. Suami saya sampai perlu letak papan ubat tu dekat cermin atas upaya nak 'paksa' saya makan ubat (ye la kan perempuan suka jenguk2 cermin tu, sebab tu letak dekat cermin). Itu pon xberjaya. Adeh. Hopefully saya compliant dalam pengambilan supplement Shaklee tu nanti. Doakanlah ye. Slalu bnde mahal2 ni kita ambil kisah banyak sikit. Obimin tu kan dapat free, buat2 dek je dekat die. Ish2 kasihan anakku di dalam perut. Sorry baby, mama xmakan ubat untuk baby. Semoga baby sihat selalu.

InshaALLAH in a few weeks, kami dapatlah berjumpa dengan ahli keluarga baru. Xsabar nak tahu macam mane rupa dia. Ikut abah atau mamanya. Abang Adam dia sampai sekarang kami xdapat tentukan ikut muka siapa sebab macam berbeza sangat dengan kami berdua. Entah-entah tertukar anak mase kat hospital. Ahahaha gurau2. Dia anak saya, betul! Sebab die hensem/cantik macam mama die. *uhuk uhuk*

Barang-barang persediaan bersalin sebenarnya belum beli lagi. Cuma barang baby untuk di hospital saje yang dah siap. Bercadang nak bersalin di Selangor. Tapi sekarang duduk di Melaka, maka persiapan ala kadar saja. Semoga baby dapat bersabar  la ye, Ade sebulan lebih lagi sebelum due date.

Eh, macam dah lari topik pulak. Oh baiklah sekian dari saya si Distributor Shaklee. Hehe

Wednesday, January 4, 2017

Shaklee dan Aku

Assalamualaikum para pembaca,

Sebelum kita lanjutkan kisah antara Shaklee dan kita, saya nak menceritakan dulu kisah saya dan Shaklee. Sebenarnya sampai ke saat saya menulis entry ini, saya masih belum pernah menyentuh atau menggunakan produk Shaklee. Bahkan, saya xpernah lihat di depan mata. Selama ni, hanya nampak Irine Nadia mempromosikan dalam Instagram dia. Dari dulu cuma tengok je la. Tapi since saya dah habis belajar (ambil degree medic) dan suami saya pun dah mula bekerja sebagai doktor, maka minda saya pun ligat memikirkan apa nak buat di rumah selain menjaga anak kami. Ya, saya membuat keputusan untuk tidak proceed dalam bidang medic atas personal reasons. Dan alhamdulillah atas kurniaan Allah, saya mengandung sekali lagi. The first pregnancy saya naik 20 kg sebab mase tu saya tengah cuti (5 minggu) dari praktikal di hospital atas sebab bleeding di awal pregnancy. Memang makan tak ingat dunia la. Asyek2 makan aiskrim je sebab nak hilangkan rasa mual.

So, di pregnancy kedua ni saya berazam untuk menjaga pemakanan dan menjaga penambahan berat badan sepanjang pregnant. Saya tak nak nanti dah lepas bersalin pon masih gemuk sebab baby weight bukan senang nak hilangkan. Pregnancy first pun saya hanya berjaya turunkan 11kg. Ada remaining 9 kg yang taknak turun. Walaupun suami cakap dia tak kisah dengan extra weight tu tapi saya personally rasa rendah diri dengan kawan2 yang slim melim even dah melahirkan anak. Memang ramai kawan-kawan saya belum mendirikan rumah tangga dan melahirkan anak since mereka tend to kahwin lambat (biasa la para doktor, takde mase nak bersosial sangat). Tapi bila ada gathering di kenduri kahwin kawan lain, mase tangkap gambar saya mesti nampak lebih giant. Rasa malu nak tgk gambar-gambar yang kawan upload dekat instagram. Nak suruh padam macam selfish plak kan, sape suruh gemuk. Huhu

Sepanjang pregnancy ni, saya asyek ternampak kawan-kawan sekolah dan senior university mempromosi Shaklee dekat Facebook diorang. Dan saya tertarik nak mencuba sebab saya nak kembali va va voom macam sebelum kahwin dulu. Sebelum kahwin saya kurus sebenarnya. I was 52kg dengan ketinggian 164cm. Memang selama sebelum mengandung, tak pernah overweight. Cuma comel sikit la, masih dalam BMI normal. Sejak awal pregnant kedua ni saya berazam nak kurus tapi takkan la nak kurus time tengah pregnant plak kan? Kesian pulak dekat baby dalam perut tu nanti tak dapat nutrition. So, saya nak mula lepas bersalin nanti. Nanti kita boleh la lihat perbezaan dari sebelum bersalin dan selepas bersalin.

Maka, kita terpaksa la tunggu beberapa minggu lagi sebab saya baru mengandung 31 minggu. And berat awal sebelum pregnant adalah 68kg. Sekarang dah masuk 78kg. Banyak jugak naik sebenarnya tapi tak sebanyak dulu. Alhamdulillah. Kita tunggu beberapa minggu lagi, agak-agak cecah 80kg ke tidak. Huuuu takutnya.

Maaf la saya takde gambar decent nak letak kat sini. Husband saya jenis tak suka bergambar dan mengambil gambar. Kalau bab jadi instagram husband memang fail dia tu. Ahahahaha

Ok, itu saja buat masa ni. Kita jumpa di lain hari.