Daftar Ahli

Sunday, January 29, 2017

Set Hamil Trimester 2 & 3 Shaklee

Assalamualaikum,

Saya telah mula mengconsume Set Hamil Trimester 3 SHAKLEE sejak beberapa hari lalu. Tarikh yang tepat adalah pada 24 Januari 2017, hari Selasa. Dalam Set Hamil Trimester 3 ni terdapat 5 jenis supplement yang saya ambil. Sebenarnya ada 6 jenis tapi since saya mula pada usia kehamilan dah mencecah 32 minggu, maka satu daripada supplement lengkap tu saye tak ambil.

Apa saja supplement Shaklee dalam FULL SET HAMIL TRIMESTER 2/3 ni? Seperti yang saya nyatakan tadi, dalam set lengkap ada 6 jenis supplement yang perlu diambil oleh setiap ibu mengandung. 6 supplement tersebut termasuklah (in alphabetical order):

1. B-Complex
2. ESP
3. OmegaGuard
4. Ostematrix
5. Sustained Release Vita-C Plus
6. Vita-Lea



Apakah kebaikan setiap supplement yang telah saya senaraikan di atas?

B-COMPLEX (1 tablet/hari)
Lengkap dengan 8 kumpulan termasuk asid folik. Ibu mengandung memerlukan minimum 400mcg Asid Folik untuk persediaan mengandung, terutama sepanjang trimester pertama dan sepanjang mengandung. Malah dianjurkan untuk mengkonsumsi asid folik 3 bulan sebelum merancang untuk mengandung. 400mcg asid folik ini dapat diperolehi melalui 1 biji B-Complex Shaklee + 1 biji Vita-Lea Shaklee.

ESP (1-3 sudu besar/hari)
Sumber protein dari non-genetically modified organisms soy. Bantu untuk memberi tenaga kepada ibu dan memberikan rasa kenyang, baik dalam mengawal penambahan berat badan sewaktu hamil. Selain itu, ESP dapat menguatkan otot rahim ibu serta mencantikkan kulit ibu dan bayi selain bagus untuk pertumbuhan dan pembentukan organ bayi.

OMEGAGUARD (1 kapsul/hari)
Mengandungi Omega-3, DHA dan EPA yang penting untuk perkembangan otak bayi. Ia juga membantu mengelakkan dari masalah kolesterol dan berat badan berlebihan pada ibu hamil. Sebaiknya diamalkan bermula trimester kedua (4 bulan ke atas). Kelebihan OmegaGuard Shaklee ialah ia diperbuat daripada ikan, dan bukannya hati ikan. Shaklee menggunakan teknologi terkini iaitu Triple Molecular Distillation (3 kali penapisan) untuk menyinkirkan pencemar yang berbahaya seperti merkuri dan lain-lain.

*Ada hujah yang mengatakan kandungan EPA yang tinggi tidak sesuai untuk ibu hamil. Disyorkan tidak lebih dari 3g per hari. Oleh sebab itu, kita mengesyorkan pengambilan 1 kapsul sehari sahaja. Kandungan EPA yang tinggi dikhuatiri dapat memberi kesan kepada perkembangan motor anak.

OSTEMATRIX (2-4 biji/hari)
Tinggi dengan kalsium & magnesium yang penting untuk pertumbuhan tulang bayi. Dapat juga mengelakkan masalah kejang-kejang, kebas, lenguh badan dan 'simpul biawak' (tegang urat).

SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS (1 tablet/hari)
Bagus untuk meningkatkan sistem imunisasi ibu bagi mengelakkan daripada mudah diserang penyakit. Juga membantu dalam mengurangkan masalah gusi berdarah. Vita-C Plus ini juga merangsang penyerapan zat besi dan asid folik.

VITA-LEA (1 tablet/hari)
Merupakan multivitamin & multimineral yang lengkap untuk keperluan badan. Dapat memenuhi kekurangan nutrisi akibat daripada pengambilan diet yang tidak seimbang. Mengandungi zat besi untuk membantu dalam pembentukan sel darah merah sekaligus mengelak dari masalah anemia (HB rendah) pada ibu hamil.


Berminat untuk cuba Set Hamil Shaklee atau set-set lain?
Contact saya sekarang untuk dapatkannya dengan harga murah serta free consultation!

Your TRUSTED SID
Nur Asyiqin binti Muhammad Ramdan (Iqin)
SMS/Whatsapp: 013-3914039
FB Page: Iqin Shaklee
Instagram: iqinshaklee

Monday, January 16, 2017

Officially a SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

Assalamualaikum,

Beberapa hari yang lalu, tepat tarikh 14 Januari 2017 saya telah berjaya menjadi seorang pengedar sah Shaklee. Disebabkan saya terlalu teruja nak berniaga Shaklee, maka saye tekad untuk register jadi ahli dengan sponsor saye. Walaupun buat masa ni, saya masih belum consume Shaklee lagi. Tapi saya percaya produk-produk Shaklee memang berkesan. Sebab saye belum guna adalah, (1) tiada fulus, (2) sedang mengandung dan bakal bersalin xlama lg so tunggu la dulu kejap, (3) suami suruh tunggu. Memang saya sangat xsabar nak mula menggunakan produk Shaklee ni. InshaALLAH setelah bersalin anak kedua saya nanti, saya akan mulakan set berpantang Shaklee. Sekaligus dengan slimming sebab tujuan utama saya berjinak-jinak dengan Shaklee adalah sebab saya mahu kurus!

Saya nak kurus, saya nak sihat. Keluarga saya memang jenis gemok besar-besar. Dan dulu sayalah yang paling kurus dan kecik. Sekarang setelah beranak dan megandung lagi skali ni, badan dah mula naik xnak turun turun. Saya dah mula jadi ahli keluarga yang lain. Saya xnak! Saya nak kembali kurus slim dan tinggi. Haih...

Saya juga bukanlah seorang yang rajin makan ubat, so saye curious apakah saya dapat consistent dalam penggunaan Shaklee atau tidak. Sebab Shaklee ni banyak supplementnye. Saya yang sedang mengandung ni nak makan Obimin pon asyek lupe saja. Dalam 8 bulan ni rsnya berapa kali sajalah saya telan Obimin dan Folic Acid. Suami saya sampai perlu letak papan ubat tu dekat cermin atas upaya nak 'paksa' saya makan ubat (ye la kan perempuan suka jenguk2 cermin tu, sebab tu letak dekat cermin). Itu pon xberjaya. Adeh. Hopefully saya compliant dalam pengambilan supplement Shaklee tu nanti. Doakanlah ye. Slalu bnde mahal2 ni kita ambil kisah banyak sikit. Obimin tu kan dapat free, buat2 dek je dekat die. Ish2 kasihan anakku di dalam perut. Sorry baby, mama xmakan ubat untuk baby. Semoga baby sihat selalu.

InshaALLAH in a few weeks, kami dapatlah berjumpa dengan ahli keluarga baru. Xsabar nak tahu macam mane rupa dia. Ikut abah atau mamanya. Abang Adam dia sampai sekarang kami xdapat tentukan ikut muka siapa sebab macam berbeza sangat dengan kami berdua. Entah-entah tertukar anak mase kat hospital. Ahahaha gurau2. Dia anak saya, betul! Sebab die hensem/cantik macam mama die. *uhuk uhuk*

Barang-barang persediaan bersalin sebenarnya belum beli lagi. Cuma barang baby untuk di hospital saje yang dah siap. Bercadang nak bersalin di Selangor. Tapi sekarang duduk di Melaka, maka persiapan ala kadar saja. Semoga baby dapat bersabar  la ye, Ade sebulan lebih lagi sebelum due date.

Eh, macam dah lari topik pulak. Oh baiklah sekian dari saya si Distributor Shaklee. Hehe

Wednesday, January 4, 2017

Shaklee dan Aku

Assalamualaikum para pembaca,

Sebelum kita lanjutkan kisah antara Shaklee dan kita, saya nak menceritakan dulu kisah saya dan Shaklee. Sebenarnya sampai ke saat saya menulis entry ini, saya masih belum pernah menyentuh atau menggunakan produk Shaklee. Bahkan, saya xpernah lihat di depan mata. Selama ni, hanya nampak Irine Nadia mempromosikan dalam Instagram dia. Dari dulu cuma tengok je la. Tapi since saya dah habis belajar (ambil degree medic) dan suami saya pun dah mula bekerja sebagai doktor, maka minda saya pun ligat memikirkan apa nak buat di rumah selain menjaga anak kami. Ya, saya membuat keputusan untuk tidak proceed dalam bidang medic atas personal reasons. Dan alhamdulillah atas kurniaan Allah, saya mengandung sekali lagi. The first pregnancy saya naik 20 kg sebab mase tu saya tengah cuti (5 minggu) dari praktikal di hospital atas sebab bleeding di awal pregnancy. Memang makan tak ingat dunia la. Asyek2 makan aiskrim je sebab nak hilangkan rasa mual.

So, di pregnancy kedua ni saya berazam untuk menjaga pemakanan dan menjaga penambahan berat badan sepanjang pregnant. Saya tak nak nanti dah lepas bersalin pon masih gemuk sebab baby weight bukan senang nak hilangkan. Pregnancy first pun saya hanya berjaya turunkan 11kg. Ada remaining 9 kg yang taknak turun. Walaupun suami cakap dia tak kisah dengan extra weight tu tapi saya personally rasa rendah diri dengan kawan2 yang slim melim even dah melahirkan anak. Memang ramai kawan-kawan saya belum mendirikan rumah tangga dan melahirkan anak since mereka tend to kahwin lambat (biasa la para doktor, takde mase nak bersosial sangat). Tapi bila ada gathering di kenduri kahwin kawan lain, mase tangkap gambar saya mesti nampak lebih giant. Rasa malu nak tgk gambar-gambar yang kawan upload dekat instagram. Nak suruh padam macam selfish plak kan, sape suruh gemuk. Huhu

Sepanjang pregnancy ni, saya asyek ternampak kawan-kawan sekolah dan senior university mempromosi Shaklee dekat Facebook diorang. Dan saya tertarik nak mencuba sebab saya nak kembali va va voom macam sebelum kahwin dulu. Sebelum kahwin saya kurus sebenarnya. I was 52kg dengan ketinggian 164cm. Memang selama sebelum mengandung, tak pernah overweight. Cuma comel sikit la, masih dalam BMI normal. Sejak awal pregnant kedua ni saya berazam nak kurus tapi takkan la nak kurus time tengah pregnant plak kan? Kesian pulak dekat baby dalam perut tu nanti tak dapat nutrition. So, saya nak mula lepas bersalin nanti. Nanti kita boleh la lihat perbezaan dari sebelum bersalin dan selepas bersalin.

Maka, kita terpaksa la tunggu beberapa minggu lagi sebab saya baru mengandung 31 minggu. And berat awal sebelum pregnant adalah 68kg. Sekarang dah masuk 78kg. Banyak jugak naik sebenarnya tapi tak sebanyak dulu. Alhamdulillah. Kita tunggu beberapa minggu lagi, agak-agak cecah 80kg ke tidak. Huuuu takutnya.

Maaf la saya takde gambar decent nak letak kat sini. Husband saya jenis tak suka bergambar dan mengambil gambar. Kalau bab jadi instagram husband memang fail dia tu. Ahahahaha

Ok, itu saja buat masa ni. Kita jumpa di lain hari.