Daftar Ahli

Monday, January 16, 2017

Officially a SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR

Assalamualaikum,

Beberapa hari yang lalu, tepat tarikh 14 Januari 2017 saya telah berjaya menjadi seorang pengedar sah Shaklee. Disebabkan saya terlalu teruja nak berniaga Shaklee, maka saye tekad untuk register jadi ahli dengan sponsor saye. Walaupun buat masa ni, saya masih belum consume Shaklee lagi. Tapi saya percaya produk-produk Shaklee memang berkesan. Sebab saye belum guna adalah, (1) tiada fulus, (2) sedang mengandung dan bakal bersalin xlama lg so tunggu la dulu kejap, (3) suami suruh tunggu. Memang saya sangat xsabar nak mula menggunakan produk Shaklee ni. InshaALLAH setelah bersalin anak kedua saya nanti, saya akan mulakan set berpantang Shaklee. Sekaligus dengan slimming sebab tujuan utama saya berjinak-jinak dengan Shaklee adalah sebab saya mahu kurus!

Saya nak kurus, saya nak sihat. Keluarga saya memang jenis gemok besar-besar. Dan dulu sayalah yang paling kurus dan kecik. Sekarang setelah beranak dan megandung lagi skali ni, badan dah mula naik xnak turun turun. Saya dah mula jadi ahli keluarga yang lain. Saya xnak! Saya nak kembali kurus slim dan tinggi. Haih...

Saya juga bukanlah seorang yang rajin makan ubat, so saye curious apakah saya dapat consistent dalam penggunaan Shaklee atau tidak. Sebab Shaklee ni banyak supplementnye. Saya yang sedang mengandung ni nak makan Obimin pon asyek lupe saja. Dalam 8 bulan ni rsnya berapa kali sajalah saya telan Obimin dan Folic Acid. Suami saya sampai perlu letak papan ubat tu dekat cermin atas upaya nak 'paksa' saya makan ubat (ye la kan perempuan suka jenguk2 cermin tu, sebab tu letak dekat cermin). Itu pon xberjaya. Adeh. Hopefully saya compliant dalam pengambilan supplement Shaklee tu nanti. Doakanlah ye. Slalu bnde mahal2 ni kita ambil kisah banyak sikit. Obimin tu kan dapat free, buat2 dek je dekat die. Ish2 kasihan anakku di dalam perut. Sorry baby, mama xmakan ubat untuk baby. Semoga baby sihat selalu.

InshaALLAH in a few weeks, kami dapatlah berjumpa dengan ahli keluarga baru. Xsabar nak tahu macam mane rupa dia. Ikut abah atau mamanya. Abang Adam dia sampai sekarang kami xdapat tentukan ikut muka siapa sebab macam berbeza sangat dengan kami berdua. Entah-entah tertukar anak mase kat hospital. Ahahaha gurau2. Dia anak saya, betul! Sebab die hensem/cantik macam mama die. *uhuk uhuk*

Barang-barang persediaan bersalin sebenarnya belum beli lagi. Cuma barang baby untuk di hospital saje yang dah siap. Bercadang nak bersalin di Selangor. Tapi sekarang duduk di Melaka, maka persiapan ala kadar saja. Semoga baby dapat bersabar  la ye, Ade sebulan lebih lagi sebelum due date.

Eh, macam dah lari topik pulak. Oh baiklah sekian dari saya si Distributor Shaklee. Hehe

No comments:

Post a Comment