Daftar Ahli

Wednesday, January 4, 2017

Shaklee dan Aku

Assalamualaikum para pembaca,

Sebelum kita lanjutkan kisah antara Shaklee dan kita, saya nak menceritakan dulu kisah saya dan Shaklee. Sebenarnya sampai ke saat saya menulis entry ini, saya masih belum pernah menyentuh atau menggunakan produk Shaklee. Bahkan, saya xpernah lihat di depan mata. Selama ni, hanya nampak Irine Nadia mempromosikan dalam Instagram dia. Dari dulu cuma tengok je la. Tapi since saya dah habis belajar (ambil degree medic) dan suami saya pun dah mula bekerja sebagai doktor, maka minda saya pun ligat memikirkan apa nak buat di rumah selain menjaga anak kami. Ya, saya membuat keputusan untuk tidak proceed dalam bidang medic atas personal reasons. Dan alhamdulillah atas kurniaan Allah, saya mengandung sekali lagi. The first pregnancy saya naik 20 kg sebab mase tu saya tengah cuti (5 minggu) dari praktikal di hospital atas sebab bleeding di awal pregnancy. Memang makan tak ingat dunia la. Asyek2 makan aiskrim je sebab nak hilangkan rasa mual.

So, di pregnancy kedua ni saya berazam untuk menjaga pemakanan dan menjaga penambahan berat badan sepanjang pregnant. Saya tak nak nanti dah lepas bersalin pon masih gemuk sebab baby weight bukan senang nak hilangkan. Pregnancy first pun saya hanya berjaya turunkan 11kg. Ada remaining 9 kg yang taknak turun. Walaupun suami cakap dia tak kisah dengan extra weight tu tapi saya personally rasa rendah diri dengan kawan2 yang slim melim even dah melahirkan anak. Memang ramai kawan-kawan saya belum mendirikan rumah tangga dan melahirkan anak since mereka tend to kahwin lambat (biasa la para doktor, takde mase nak bersosial sangat). Tapi bila ada gathering di kenduri kahwin kawan lain, mase tangkap gambar saya mesti nampak lebih giant. Rasa malu nak tgk gambar-gambar yang kawan upload dekat instagram. Nak suruh padam macam selfish plak kan, sape suruh gemuk. Huhu

Sepanjang pregnancy ni, saya asyek ternampak kawan-kawan sekolah dan senior university mempromosi Shaklee dekat Facebook diorang. Dan saya tertarik nak mencuba sebab saya nak kembali va va voom macam sebelum kahwin dulu. Sebelum kahwin saya kurus sebenarnya. I was 52kg dengan ketinggian 164cm. Memang selama sebelum mengandung, tak pernah overweight. Cuma comel sikit la, masih dalam BMI normal. Sejak awal pregnant kedua ni saya berazam nak kurus tapi takkan la nak kurus time tengah pregnant plak kan? Kesian pulak dekat baby dalam perut tu nanti tak dapat nutrition. So, saya nak mula lepas bersalin nanti. Nanti kita boleh la lihat perbezaan dari sebelum bersalin dan selepas bersalin.

Maka, kita terpaksa la tunggu beberapa minggu lagi sebab saya baru mengandung 31 minggu. And berat awal sebelum pregnant adalah 68kg. Sekarang dah masuk 78kg. Banyak jugak naik sebenarnya tapi tak sebanyak dulu. Alhamdulillah. Kita tunggu beberapa minggu lagi, agak-agak cecah 80kg ke tidak. Huuuu takutnya.

Maaf la saya takde gambar decent nak letak kat sini. Husband saya jenis tak suka bergambar dan mengambil gambar. Kalau bab jadi instagram husband memang fail dia tu. Ahahahaha

Ok, itu saja buat masa ni. Kita jumpa di lain hari.

No comments:

Post a Comment